SENARAI NAMA PELAJAR DAN MATRIK NOMBOR SUBJEK TITAS



NAMA                           NOMBOR MATRIK



 SYATIROH HANIS BINTI AHMAD PAKRI                                   121242879

 NURUL NATASSHA BINTI BIDIN                                             121242924

 NUR SYAFIQAH ASMIDAR BINTI MD HAZA                               121241906

 NUR ‘AINN BINTI HAZLAN                                                   121241843

 NUR ATHIRA BINTI CHE KAMARUDIN                                     121241682

 UMI ATIQAH BINTI ABU BAKAR                                             121242426

 RABBIYATUL ADAWIYAH BINTI JAAFAR                                  121242077

 SYARIFAH NUR MANAL BINTI SAYED IDRUS                             121242166

 INTAN LIYANA BINTI MOHD ARIFIN                                         121240523


LINK TAMADUN DUNIA TERAWAL DI YOUTUBE





Tamadun dunia terawal K.3500-1500 SM : Mesopotamia, Mesir, Crete, Indus dan Shang


1. Revolusi Petanian yang tercetus pada Zaman Neolitik iaitu di sekitar tahun 3500 S.M.
membawa kepada munculnya masyarakat yang bertamadun.

2. Tamadun-tamadun awal bermula di sekitar Lembah-lembah sungai kerana wujudnya
keadaan-keadaan yang sesuai untuk kegiatan Pertanian dan sungai penting untuk
kegiatan harian manusia.

3. Antara ciri-ciri penting yang membuktikan sesuatu masyarakat sudah mencapai tahap
ketamadunan adalah :
(a) Bandar dan kota
(b) Bahasa dan tulisan
(c) Organisasi sosial
(d) Teknologi
(e) Agama kepercayaan
(f) Kerajaan dan pentadbiran
(g) Sastera dan seni

4. Ciri-ciri ketamadunan jelas wujud di tamadun-tamadun awal yang agung seperti tamadun
Mesir, Mesopotamia (Sumeria), Indus dan Shang.

5. Apabila sesebuah masyarakat mencapai peringkat ketamadunan yang lebih tinggi maka
wujudlah ciri-ciri berikut :
(a) Terbentuknya kerajaan yang kukuh yang biasanya berjaya membina empayar yang luas.
(b) Memperlihatkan sistem sosial, ekonomi, politik, pentadbiran dan perundangan yang mantap.
(c) Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi, falsafah dan juga kesusteraan.

6. Ciri-ciri tersebut dengan jelasnya wujud dalam tamadun Yunani, Rom, China dan India.

7. Kemunculan agama dan falsafah-falsafah agung merupakan salah satu pencapaian tamadun
manusia yang penting. Antara agama dan falsafah agung yang sehingga kini mempengaruhi
kehidupan manusia adalah agama Hindu, Buddha, Kristian dan Islam serta falsafah
Confucianisme dan Taoisme.


Kegemilangan Tamadun Islam




PERBEZAAN TAMADUN



PERBEZAAN ANTARA TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN CHINA 

Tamadun Islam dan Tamadun China sebenarnya mempunyai begitu banyak perbezaannya. Secara terperincinya, kita boleh pecahkan perbezaan antara dua tamadun ini kepada 8 iaitu agama, politik, kekeluargaan, ekonomi, pendidikan, sistem tulisan, kesenian dan akhir sekali ialah sumbangan tamadun itu sendiri kepada dunia.

Tamadun Islam merupakan satu tamadun yang paling unik kerana kelahirannya adalah asas daripada agama. Kelahiran Islam di Semenanjung Tanah Arab telah mencetuskan sebuah tamadun yang unggul. Jika dilihat kepada tamadun-tamadun lain, lahirnya tamadun akan membawa kepada kewujudan sesuatu fahaman dan agama, tetapi tidak bagi Tamadun Islam. Tamadun Islam mempercayai bahawa Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan dan rujukan hidup mereka. Kepercayaan kepada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Khiamat serta Qada dan Qadar merupakan perkara yang wajib dipercayai oleh mereka semua.

Tamadun China pula mempunyai pandangan yang berbeza dimana Tumpuan ajaran-ajaran kepercayaan orang Cina banyak berkisar di sekitar diri manusia. Oleh itu, konsep ketuhanan bagi kepercayaan orang Cina tidak diberi keutamaan. Tuhan orang Cina dizahirkan dalam bentuk dewa-dewi yang diberikan perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka yang mementingkan manusia berhubung kebaikan dunia dan akhirat. Ini berbeza dengan agama-agama Masihi seperti Kristian dan Islam yang mengakui kewujudan Tuhan yang satu. Agama atau kepercayaan bagi masyarakat Cina adalah sesuatu yang personal. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan sekaligus yang diyakini mereka dapat memberikan kesejahteraan hidup mereka asalkan tidak bercanggah dengan adat dan budaya mereka. Ianya harus sesuai dengan kehendak orang Cina dan tidak menghilangkan identiti mereka.

Perbezaan yang kedua ialah dari segi kerajaan atau politik. Bagi tamadun Islam, kekuasaan dan pemerintahan ialah hak dan milik mutlak Allah s.w.t dan dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Pangkat dan kedudukan seseorang merupakan perhiasan hidup Zinat al-hayah, pemberiaan Allah s.w.t untuk menguji ketaatan dan kesetiaan hamba-Nya. Jawatan dan kekuasaan boleh menjadi satu kemuliaan dan juga pada masa yang sama boleh menjadi satu kehinaan. Dalam tamadun Islam, kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberi oleh raja kepada rakyatnya adalah dimensi yang penting. Penderhakaan merupakan jenayah yang paling berat hukumannya dalam tamadun Islam.

Bagi Tamadun China pula, ajaran Confucius telah memberi satu garis panduan mengenai hubungan antara pemerintah dengan rakyatnya. Pemerintah mestilah berperanan sebagai bapa kepada rakyat. Ini bemakna, seseorang raja perlulah mempunyai moral yang baik kerana baginda akan menjadi pelindung kepada rakyatnya. Tanpa sifat-sifat yang sedemikian mandat atau kelayakan seseorang raja untuk memerintah sesebuah dinasti akan terhapus. Namun demikian Confucius tidak menganjurkan rakyat menentang raja yang tidak mempunyai moral yang baik.

Dalam aspek kekeluargaan pula, bagi Tamadu Islam telah ditetapkan dalam agama Islam bahawa asas pembentukan keluarga ialah perkahwinan. Kedudukan wanita adalah sama dengan kedudukan lelaki. Kaum wanita telah diberi hak asasi yang sama dengan lelaki dan tanggungjawab kaum wanita setaraf dengan lelaki dalam segala aspek kehidupan yang bersesuaian. Berbeza dengan Tamadun China, sistem kekeluargaan berasaskan kuasa bapa dan ini telah diserap masuk ke dalam pelbagai aspek kehidupan sosial serta mendatangkan impak yang mendalam terhadap arah perkembangan kebudayaan China. Antara ciri-ciri masyarakat yang memperlihatkan pengaruh sistem kekeluargaan Cina termasuk waris sebelah bapa dan pemerintah yang berpusatkan bapa, kuasa suami yang tertinggi dan perhubungan suami isteri yang berjauhan, mementingkan anak lelaki berbanding anak perempuan dan sebagainya.

Aspek ekonomi bagi Tamadun Islam adalah berbeza dengan Tamadun China dimana dalam Tamadun Islam unsur riba tidak dibenarkan di dalam perniagaan. Di dalam Islam juga, unsur penipuan seperti mengurangkan timbangan, boros, kedekut dan membazir tidak dibenarkan sama sekali. Islam membenarkan umatnya berniaga asalkan ianya dijalankan secara halal, bersih, suci, berguna dan tidak membahayakan. Selain itu, beberapa langkah juga telah di ambil untuk memajukan sektor pertanian antaranya seperti melebarkan sungai dan terusan, membuat empangan, membuka tanah pertanian baru dan membuat penyelidikan dalam bidang pertanian.

Tamadun China pula dipengaruhi oleh falsafah Konfusianisme iaitu memberi perhatian kepada kepentingan golongan petani. Falsafah Konfusianisme memandang rendah kepada golongan pedagang kerana golongan ini dikatakan sentiasa terlibat dengan penipuan dan keuntungan yang merupakan elemen-elemen yang buruk mengikut ajaran Konfusianisme. Selain itu, di dalam tamadun China, penciptaan telaga, kolar kuda, pembinaan terusan, tanaman bergilir dan sebagainya adalah langkah yang di ambil untuk memajukan ekonomi mereka.

Pendidikan dalam Tamadun Islam pula lebih menekankan konsep tauhid yang memainkan peranan penting dalam transformasi manusia. Sebaliknya dalam ajaran-ajaran Buddha, transformasi sifat (character) dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri (self-siscovery). Masyarakat Hui ternyata sentiasa memberikan perhatian yang serius dalam bidang pendidikan agar mereka berpeluang untuk maju seiring dengan bangsa Han di peringkat kebangsaan. Oleh itu, masyarakat Hui merupakan satu-satunya kumpulan etnik minoriti yang mendapat pendidikan yang memuaskan dan sewajarnya berbanding kumpulan-kumpulan etnik minoriti yang lain.
Perbezaan seterusnya ialah sistem tulisan. “tulisan jawi” dalam Tamadun Islam telah wujud sekitar abad ke 10 Masehi atau 3 Hijrah. Tulisan jawi berasal daripada skrip Arab dan bukti kewujudan tulisan jawi pada ketika itu ialah batu nisan, ukiran-ukiran pada masjid dan istana, batu bersurat, duit syiling dan sebagainya.

Tulisan Cina atau Hanzi dalam Tamadun China merupakan antara tulisan yang paling tua di dunia. Tulisannya adalah berlainan dengan tulisan dalam tamadun lain dimana seperti sedia maklum, tulisan Arab, jawi ditulis berdasarkan cantuman beberapa huruf bagi membentuk maknanya. Berbeza dengan tulisan Hanzi kerana iainya berdasarkan Syllabe, tetapi berdasarkan huruf-huruf. Oleh itu, bahasa Cina memiliki 50,000 patah perkataan yang tidak semua diketahuioleh orang Cina. Pada umunya, mereka hanya mengetahui hanya 3000 patah perkataan sahaja. Tulisan dalam tamadun China adalah berdasarkan kepada lambang-lambang gambar, lambang petunjuk, lambang petunjuk fikiran dan gabungan bunyi-bunyi.

Perbezaan dari segi kesenian dalam Tamadun Islam pula ialah dapat dilihat dalam seni halus seperti tulisan khat, lagu nasyid, ukiran kayu, seni persembahan melayu, seni tekstil dan sebagainya. Seni ini telah menjadi warisan dalam diri mereka sejak berkurun lamanya. Bagi Tamadun China, kesenian seperti seni Opera iaitu seni drama yang mana pelakonnya memakai pakaian berwarna-warni, menari-nari dan memutihkan muka mereka. Selain itu, seni Tamadun China juga dapat dilihat dalam muzik klasik, kaligrafi, seni lukis, seni pembinaan, seni mempertahankan diri seperti kung fu dan sebagainya telah menjadi warisan dalam hidup mereka.

Akhir sekali ialah perbezaan Tamadun Islam dengan Tamadun China dari aspek sumbangan tamadun kepada dunia. Antara sumbangan Tamadun Islam yang terbesar ialah dalam bidang sains. Ilmu kimia yang dikembangkan oleh Gaber Ibn Hayyan telah menyumbang kepad pelbagai penemuan baru seperti teknik peleburan emas, menganalisa asid nitrik dan acetik yang tulin dan sebagainya. Pelbagai kajian dalam bidang biologi seperti botani, dan zoologi telah dijalankan. Tamadun Islam juga menyaksikan bidang Fizik dan perubatan mula berkembang pesat dengan hadirnya cendekiawan islam seperti Ibn Sina, Al-Zahrawi dan ramai lagi dimana ilmu mereka masih lagi dikaji dan dipakai hingga sekarang. Al-Khawarizmi iaitu tokoh matematik dunia juga tidak ketinggalan dalam menyumbangkan idea dalam peradaban dunia. Holistiknya, tamadun Islam telah memberi banyak sumbangan kepada dunia dalam bdang sains dan menjadi pelopor kepada perkembangan sains pada hari ini.

Tamadun China juga banyak memberi sumbangan kepada dunia seperti bidang penciptaan, teknologi, astronomi, perubatan, matematik dan sebagainya. Dalam bidang perubatan, Tamadun China begitu tersohor dengan konsep Yin dan Yang dimana konsep ini dijadikan panduan dalam bidang perubatan. Tamadun China juga menyaksikan perkembangan tentang pertemuan baru seperti magnet, penciptaan kompas, penghasilan lilin daripada serangga dan sebagainya. Antara ciptaan hebat tamadun China juga ialah penciptaan kertas oleh Cai Lun(105), serbuk letupan dan sebagainya.
Pelbagai perbezaan dapat dilihat diantara 2 tamadun ini kerana tahap pemikiran, idea, persekitaran, politik dan pelbagai lagi unsur berbeza yang mempengaruhi pencapaian sesuatu tamadun tersebut.


TAMADUN MESIR PURBA


TAMADUN MESIR PURBA


LOKASI 
  • Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil. 
  • Tamadun Mesir Purba wujud di tebing Sungai Nil 
  • Sungai Nil berpunca daripada Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih. 
  • Muka Bumi Mesir merupakan sebuah tanah daratan yang subur. 
  • Delta subur yang dibentuk oleh tanah lanar adalah penting untuk pertanian dan petempatan manusia



KERANGKA MASA

  1. Tamadun Mesir Purba Berkembang daripada petempatan awal pada zaman Neolitik antara tahun 10 000 S.M. hingga 5000 S.M. 
  2. Wilayah di persikataran delta telah berkembang menjadi pusat tamadun awal.
  3. Zaman kegemilangan Tamadun Mesir Purba adalah ketika zaman empayar. 
  4. Tamadun Mesir Purba mula mengalami zaman keruntuhan setelah pemerintahannya dikuasai oleh orang asing.  



Proses pembentukan



Pada zaman Logam , masyarakat di Lembah Nil mencapai tahap kebudayaan gangsa 
Mereka membina sistem perparitan yang baik untuk pertanian menggunakan alat-alat logam ini. 

Petempatan kekal 

  • Berasaskan pertanian wujud dan berkembang menjadi perkampungan. 
  • Kawasan perkampungan pula bergabung membentuk beberapa buah bandar
  • Ke semua nome akan disatukan dan sebuah bandar akan menjadi pusat pentadbiran. 
  • Bandar –bandar bergabung membentuk sebuah daerah atau nome





Ciri-Ciri Tamadun Mesir Purba 

Petempatan kekal

  • Kesemua nome telah berjaya disatukan oleh Firaun Menes menjadi sebuah kerajaan yang berpusat di bandar Thinis. 
  • Kemudian, pusat pentadbiran berpindah ke bandar Memphis dan akhirnya ke bandar Thebes ketika kemuncak Zaman Pertengahan. 

1) tempat kediaman firaun 
2) pusat tumpuan penduduk
3) pusat pentadbiran 
4) pusat keagamaan
5) pusat perdagangan

Kehidupan berorganisasi
  •  Firaun ialah ketua Kerajaan Mesir Purba 
  • Ciri-ciri firaun
    • 1)berkuasa mutlak 
    • 2)dianggap sebagai jelmaan 
    • 3) dianggap suci Tuhan Horus 
  • Semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat, firaun memakai gelaran Raja Matahari kerana dipercayai merupakan anak Tuhan Matahari iaitu Amon-Re 
  • Parent firaun
    • 1) ketua pendeta 
    • 2) ketua pahlawan 
    • 3)ketuahakim
    • 4)pemiliktanah


Sistem pemerintahan
  • Diketua oleh firaun 
  • Firaun dibantu oleh golongan bangsawan. 
  • Tugas – tugas golongan bangsawan 
    • Menjadikan pentadbiran 
    • Menjaga keamanan 
    • Mengurus dan mengagihkan penghasilan makanan dalam negara 
  • Golongan bangsawan ialah pembesar yang menjadi pegawai, penasihat dan gabenor yang mentadbir wilayah taklukan 
  • Hal – hal keagamaan diuruskan oleh para rahib
  • Orang awam yang dilantik bagi menulis segala rekod kerajaan ialah jurutulis
  • Kaum wanita turut diiktiraf sebagai pemimpin Contoh : Firaun Hatshepsut (1501 – 1479 S.M) dilantik sebagai firaun pada Zaman Empayar 
  • Pembaharuan Firaun Hatshepsut
  • Padang pasir ditukar menjadi tanah pertanian yang subur



Pengkhususan pekerjaan
  • Mesir Purba berkembang maju dengan adanya pengkhususan kerja seperti penenunan, pembuatan barang tembikar dan penciptaan peralatan. 
  • Eksport utama Mesir Purba ialah kertas dan tekstil 
  • Dikawasan nubia, adanya aktiviti perlombongan emas. 
  • Wujudnya pelabuhan – pelabuhan seperti Thebes, Memphis, Fayoum dan Heliopolis kerana sungai Nil yang lebat


Agama dan Kepercayaan
  • Konsep politisme iaitu kepercayaan kepada banyak tuhan diamalkan oleh orang Mesir Purba. 
  • Setiap tuhan dikaitkan dengan unsur alam seperti: 
    • 1) Re (tuhan matahari) 
    • 2)Re-atum (tuhan langit) 
    • 3)Amun (tuhan Angin)


Sistem tulisan

  • Sistem tulisan Mesir Purba di panggil hieroglif  Kepentingan sistem tulisan 
  • Mencatat rekod aktiviti pertanian  Merekod pengutipan cukai
  • Tujuan keagamaan
  • Tujuan amal ritual kepercayaan

TAMADUN CINA



TAMADUN CINA

PANDANGAN SEMESTA, PEMIKIRAN CINA, DAN NILAI-NILAI PENTING.


Individu Dalam Masyarakat
Individu – unit asas yang membentuk masyarakat.
Pertubuhan sosial iaitu institusi keluarga diiktiraf.

Nilai Kekeluargaan
Konfusianisme amat mementingkan institusi perkahwinan
He (keharmonian) dianggap penting dalam keluarga.
jian (jimat cermat) dan qin (ketekunan).

Sistem Organisasi & Institusi Sosial
Negara China mengamalkan pemerintahan beraja. Raja menduduki tangga teratas 
dalam susun lapis masyarakat Cina.
Raja/ Maharaja dianggap sebagai wakil tuhan

Sistem Masyarakat
i. Golongan cerdik pandai;
ii. Golongan petani;
iii. Golongan tukang; dan
iv. Golongan peniaga.



Konsep Ren


  • Ren adalah konsep asas dalam sistem etika masyarakat Cina.
  • Naluri untuk sentiasa membuat kebaikan dan kebajikan.
  • Meninggikan martabat manusia.
  • Membezakan antara manusia dan haiwan

Kata Konfusius: ” Jangan lakukan sesuatu yang anda sendiri tidak suka orang lain lakukan kepada anda”
Asas kepada konsep ren adalah konsep zhong (ketaatan), konsep shu (kemaafan), konsep xiao(ketaatan/ berbakti)
dan konsep di (hormat)

Kata Konfusius: ” Apa yang ingin kita lakukan untuk diri kita, kita lakukan juga untuk orang lain. Apa yang ingin kita sempurnakan untuk diri kita, maka sempurnakanlah juga untuk orang lain.”
Ren adalah sifat utama bagi martabat kehidupan manusia yang merangkumi perasaan kemanusiaan terhadap orang lain dan memelihara harga diri sendiri.

  • Ren sering diterjemahkan sebagai kebajikan atau kebaikan manusia.
  • Ren juga merujuk kepada hubungan baik antara satu sama lain.
  • Ren boleh juga dikatakan sebagai memenuhi kewajipan seseorang kepada keluarga dan masyarakatnya.
  • Dalam hal ini, Konfusius pernah berkata:

“Jangan lakukan untuk orang lain apa yang anda tidak ingin mereka lakukan untuk anda. “
  • Ren paling sering dikaitkan dengan Confucius
  • Ini adalah kepercayaan umum bahawa Confucius adalah individu yang pertama memperkenalkan konsep ren.
  • Walau bagaimanapun, sebelum masa Konfusius lagi, istilah ren sudah ada tetapi jarang digunakan.
  • Siapa secara tepatnya mengungkapkan konsep ren ini tidak diketahui.

Akan tetapi, pemahaman popular dan penggunaan ren yang kita kenal sekarang lebih dikaitkan dengan Confucius.
Confucius menggunakan konsep ren ini untuk menggambarkan atau memaksudkan “kebajikan lengkap”,
seperti yang terkandung nilai-nilai sejumlah kewajipan moral yang diikuti masyarakat Cina pada masa Konfusius dan seterusnya digunapakai hingga kini.

  • Oleh sebab itu, ren biasanya diterjemahkan sebagai “kebajikan” atau “kemanusiaan”
  • Dengan kata lain, cinta antara sesama manusia dan interaksi yang baik adalah sumber kemanusiaan, yang bersumberkan dari dalam diri manusia itu sendiri.
  • Berperilaku mulia melayakkan seorang individu itu menjadi manusia teladan, yang memelihara dan menjaga hubungan baik antara dirinya dan keluarga dan semua yang berada di sekelilingnya.



Junzi

  1. Junzi (Chun Tzu) ialah personaliti yang ideal dalam Konfusianisme.
  2. Junzi merujuk kepada seorang budiman.
  3. Junzi mempunyai beberapa peranan antaranya: mempelajari ilmu, memperbaiki diri dan mentadbir manusia.
  4. Bersikap amanah dan bersedia memikul tanggungjawab yang diberikan dan melaksanakan tugas dengan baik.
  5. Junzi (Chun-tzu) dalam kata lain, dapat ditakrifkan sebagai manusia ideal, lelaki superior, orang budiman  dalam erti yang paling ketara.

Di antara sifat seorang Junzi ialah: (1) kebaikan, (2) kejujuran, (3) kesopanan, (4) kebijaksanaan, dan (5) ketulusan.


Konsep Lima Hubungan

i. Antara suami dan isteri;
ii. Antara bapa dan anak;
iii. Antara adik beradik;
iv. Antara pemerintah serta rakyat; dan
v. Antara kawan serta sahabat.


  • Konsep lima hubungan ini amat berkait rapat dengan konsep ‘ren’ yang dinyatakan melalui ibubapa lima hubungan pemerintah dan rakyat, bapa dan anak, hubungan antara adik beradik, suami dan isteri, dan kawan dan teman.
  • Dari kesemua hubungan tersebut, sifat berbakti biasanya ditekankan.
  • Pemerintah, sebagai contohnya merupakan contoh moral bagi seluruh rakyat di sesebuah negara. Dengan itu, boleh dikatakan bahawa kewajipan untuk menjadi baik terletak pada semua individu.   
Konsep Lima Hubungan ini memberi petunjuk dan cara berkaitan hal-hal yang harus dilakukan dalam kehidupan sosial.

3 dari 5 hubungan melibatkan keluarga, memandangkan keluarga adalah unit asas bagi sesebuah masyarakat:

(A) ayah dan anak (menyayangi / menghormati)
(B) kakak dan adik (baik / hormat)
(C) suami dan isteri (baik / mendengar)
(D) yang lebih tua teman dan rakan yang lebih muda (perhatian /  hormat)
(E) pemerintah/penguasa dan rakyat (murah hati / setia/ prihatin)

Jelasnya dalam tamadun dan kehidupan masyarakat Cina, terdapat banyak nilai murni yang telah dikemukakan oleh Konfusius untuk memelihara dan membina diri, keluarga, masyarakat dan negara.

TAMADUN


PENGERTIAN DAN TAKRIF TAMADUN


Madanna :
Memperelok budi pekerti
Membuka, bina bandar

 Madani :
 Sifat sopan dan halus
 pencapaian material yang tinggi

Civilisation
civitas: 
Bandar atau kota
Bandar – tanda ketamadunan




TAKRIF TAMADUN IBN KHALDUN, ALBERTSCHWEITZER, DAN E.L FARMER

Takrif Ibn Khaldun :

kehidupan beradab, berbudi bahasa, halus, maju, makmur

Takrif Albert Schweitzer :
kemajuan manusia yang membawa kesempurnaan

Takrif E.L Farmer :

unit budaya besar, mengandungi norma sosial, tradisi, institusi – diwarisi 



CIRI-CIRI UTAMA TAMADUN

Penempatan kekal
Sistem pertanian
Pengeluaran makanan
Sistem organisasi dan institusi sosial
Politik dan Pentadbiran
Ekonomi
Pendidikan




 HUBUNGAN TAMADUN DENGAN AGAMA
 Agama bentuk pandangan semesta

 HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYA
Budaya tinggi tanda kehidupan bertamadun

HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BANGSA
 Bangsa - tujuan beri identiti pada sesebuah kelompok.


KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

FAKTOR GEOGRAFI
- kedudukan strategik

FAKTOR AGAMA
-hayati kehidupan beragama

FAKTOR POLITIK
-Politik yang stabil 

FAKTOR EKONOMI
- aktiviti ekonomi :penempatan, pertanian, penternakan, perdagangan dll.

FAKTOR SOSIAL
 - Perkembangan ilmu
- kecemerlangan kehidupan manusia



KEMEROSOTAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN

i – Keruntuhan nilai agama dan moral
ii – Penindasan
iii – Sikap tertutup
iv – Malapetaka

INTERAKSI ANTARA TAMADUN
 perkongsian nilai, pemikiran, toleransi, menghormati

kaedah interaksi
kehidupan bersama, berjiran, penyebaran agama, perdagangan, penjelajahan dan penerokaan 


HASIL INTERAKSI ANTARA TAMADUN
 Asimilasi
 Akulturasi
Akomodasi
 Amalgamasi
Terjadi konflik

 INTERAKSI POSITIF ANTARA TAMADUN

TAMADUN ISLAM

Pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w di Madinah.
Baginda s.a.w memberi perlindungan dan hak kepada penganut Yahudi dan Kristian
Zaman Abasiyyah dan Kerajaan Islam Andalusia
 - intelektual Yahudi dan Kristian diberi peluang menyumbang

INTERAKSI TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN CINA

  • Hubungan perdagangan
  • Perkahwinan
  • Penyebaran agama Islam
  • Sains teknologi


INTERAKSI TAMADUN CHINA dan INDIA

  •  Penyebaran agama Buddha
  •  Permindahan teknologi
  •  Perkembangan ilmu


Kepentingan Dialog Antara Tamadun

Perkongsian nilai sejagat
Hubungan baik & kerjasama
Hormati perbezaan
menghormati, toleransi.


PENILAIAN TERHADAP TAMADUN

UNSUR PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

 ETIKA / NILAI
 KELUARGA
 - pertalian persaudaraan dan nilai-nilai murni
 MASYARAKAT
 - mengekalkan perpaduan
 ALAM SEKITAR
- Pelihara alam sekitar
KERAJAAN
 - Peranan pemimpin
 PENDIDIKAN
  matlamat utama – bekalkan ilmu
 KESIHATAN
 - keperluan asas manusia


Kepentingan Ilmu Ketamadunan

 Pemahaman tentang tamadun manusia
prinsip, nilai dan amalan
Bebas prasangka